Saturday, 8 October 2016

Memori Indah Dewan Gemalasari - 8 Oktober 2016
Walimatul Urus Fizah & Safuan

Sejak petang semalam (7/10/2016) krew kami telah memulakan tugas membuat persiapan di Dewan Gemalasari untuk majlis perkahwinan anak perempuan Puan Rohani iaitu Fizah dengan pasangan pilihan hati Safuan.  Kali ini Budi berseorangan membuat susun atur meja banquet termasuk meja makan beradab dan menyusun kerusi untuk kaum keluarga Puan Rohani. Krew katering pula mula membuat setting meja tetamu, buffet station dan meja makan beradab sebaik sahaja selesai susun atur.
Krew pelamin pula awal-awal lagi telah mula menyiapkan pelamin sepertimana yang telah dipersetujui.
Semua kerja-kerja persediaan siap pada pukul 10.30 malam. 

Berikut adalah paparan persiapan pada hari majlis:









Wednesday, 5 October 2016

Assalamualaikum wbt...

Saya akan update di blog ini mulai hari ini 6 Oktober 2016. Update saya yang lepas boleh anda lihat di Facebook Page sepertimana link di bawah.

RISDA Catering And Event - RCE

Monday, 3 October 2016

RISDA CATERING AND EVENT SDN BHD

Saya bertugas di RISDA Catering And Event Sdn Bhd sebagai Pengurus Operasi. Saya mengendalikan pengurusan operasi syarikat milikan RISDA ini termasuk pengendalian pakej majlis perkahwinan di Dewan Gemalasari RISDA Jalan Ampang Kuala Lumpur dan Dewan RISTEC Port Dickson Negeri Sembilan. Beberapa dewan besar RISDA yang terletak di beberapa negeri juga akan dijadikan venue untuk pakej majlis perkahwinan. Pejabat RISDA Catering And Event Sdn Bhd terletak di Hevea 5, Tingkat 1, Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur (No. Telefon Pejabat: 03-42575468).

Berikut adalah pakej perkahwinan yang disediakan di Dewan Gemalasari RISDA Jalan Ampang Kuala Lumpur dan di Dewan RISTEC Port Dickson Negeri Sembilan:


PAKEJ PERKAHWINAN DI DEWAN GEMALASARI RISDA 
JALAN AMPANG KUALA LUMPUR



PAKEJ PERKAHWINAN DI DEWAN PUSAT LATIHAN RISDA (RISTEC)
PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


MUKADIMAH


Assalamualaikum wbt.

Baru saya sedar bahawa segala apa yang saya lakukan berkaitan kerjaya saya sekarang ni boleh diabadikan sebagai memori untuk tatapan bersama. Oleh itu, saya akan cuba sedaya upaya mencatatkan perkara-perkara yang ada hubungkait dengan bidang tugas saya sebagai Pengurus Operasi di RISDA Catering And Event Sdn Bhd untuk tatapan, rujukan dan informasi kepada mereka yang perlukan maklumat terutamanya yang berkaitan dengan majlis perkahwinan dan lain-lain yang saya fikir akan memberi manfaat kepada anda..

Selamat bertemu di alam maya...terima kasih.